Transformasi melampaui pengurusan (transformation beyond management) adalah satu-satunya strategi yang perlu dan penting untuk diaplikasi di dalam PDRM. Strategi-strategi untuk transformasi ini telah dengan jelas dan tepat di dalam konsep 4P yang diilhamkan oleh YDH IGP Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara, dan; " We must read the same note and sing the same song to harmonize the philosophy of 4P's."
Nilai-nilai forward thinking yang diperlukan dalam membentuk organisasi pasukan PDRM yang moden dan dinamik tersirat di dalam elemen 4P iaitu Protective, Performance and outcome oriented, Proactive dan People Oriented.
Konsep partnership antara polis dan masyarakat telah wujud semenjak tahun 1952 lagi. Kol. A.E.Young, Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang memperkenalkan konsep "Sedia Berkhidmat" pada Disember 1952, pernah mengungkapkan kata-kata ini, "The future ofthe Malaya police force must be less and less of a Force and more and more of aservice."
IGP, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan polis sebagai"Pelindung" kepada masyarakat, telah meletakkan elemen protective di kedudukan tertinggi di dalam strategi 4P. Kepentingan dan keutamaan elemen pelindung atau protector kepada rakyat telah dikupas dengan jelas oleh ahli-ahli falsafah dan para ilmuan merentasi agama dan negara.
Sebagai contoh, 2500 tahun yang lepas seorang Jeneral dari negara China bernama Sun Tzu di dalam bukunya Art of War telah menyatakan, "Seorang panglima yang berjuang tanpa memikirkan kemasyhuran dirinya tetapi hanya untuk melindungi rakyat dan negeri daripada musuh adalah permata kepada sesebuah negara."
Thiru Valluvar, seorang ilmuan dari negara india yang telah menulis sebuah buku kesusasteraan Tamil berjudul Thiru Kural mengatakan, "Jika seorang pelindung gagal memberi perlndungan, Brahim akan melupakan Veda dan lembu tidak aakan memberi susu." (If the people's protector fails to protect, Brahimins will forget Vedas and cow not have milk)
Saidina Umar ra.
Ditanya - "Mengapa sedikit tidor pada malam hari?" Jawap - "Aku takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai."
Ditanya - "Mengapa kurang tidur pada waktu siang ?" Jawap - "Aku takut urusanku dengan manusia tidak selesai." (Beliau berjaga menjadi protector kepada masyarakat)
No comments:
Post a Comment