Relong kampong ku. Sungai Teris satu-satunya sungai merintangi kampong ku. Sungai Teris mempunyai nostalgia tersendiri buat penduduk Kampong Relong. Sebahagian sungai ini dipenuhi oleh pokok rumbia yang menjadi punca makanan utama kepada ternakan ayam dan itek serta pokok mengkuang untuk membuat tikar. Air sungai menjadi keperluan utama bagi kehidupan masyarakat. Sungai itu sendiri antara tempat mencari rezeki seperti memancing, melukah, menjaring dan pelbagai cara bagi menangkap ikan dari pelbagai jenis.
Sungai teris ini lah juga tempat aku mula-mula belajar berenang. Pernah 'cengkelik' diperingkat awal belajr berenang. Sungai teris juga menjadi tempat bagi aku dan rakan-rakan bermain rakit yang dibuat dari pelepah rumbia. Jika tidak berakit pun ianya tempat mandi manda secara beramai-ramai bersama kawan amat menyeronokan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti lumba renang, menyelam, bagi menunjukkan siapa hebat secara suka-suka.
Aki aku, Khatib Uteh bin Imam Talib adalah seorang yang pandai membuat 'belat' bagi menangkap ikan dengan cara mengumpan biji-biji kekabu dan daun dedalu. Apabila ikan sudah banyak masuk ke dalam belatnya dia akan melepaskan tali penutup 'belat', maka ikan-ikan pun terjerat dalam 'belat'. Kebiasanya ikan yang makan umpan belat ini ialah ikan 'lampam' dan 'peroi'.
Dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah aku direndam dalam sungai separas pinggang selama beberapa jam sebelum di 'sunat' oleh tok mudim aki Had.....hehehee.
kini semuanya sudah tiada lagi, hanya tinggal kenangan...
No comments:
Post a Comment