Sunday, 24 July 2011

MASYARAKAT DAN POLIS PERLU BERGANDING BAHU BANTERAS JENAYAH

Integrasi  antara masyarakat dan anggota polis harus dikekalkan dalam usaha kedua-dua pihak berusaha membendung jenayah yang berlaku di kawasan perumahan.
Dengan adanya kerjasama erat antara kedua-dua belah pihak,  tidak mustahil  kadar jenayah berjaya dikurangkan memandangkan tugas membendung jenayah bukan terletak di bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja.
Dalam konteks tersebut,  mentaliti masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah. Masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.
“Masyarakat turut berperanan menjayakan konsep `Community Policing’ sekali gus bergandingan bersama polis setempat bagi meningkatkan lagi fungsi dan keberkesanannya dalam usaha mencegah jenayah.” Jalinan usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan baik  tanpa kerjasama masyarakat setempat.
 “Hubungan baik masyarakat dan polis tidak seharusnya dibina pada dasar profesional sahaja, sebaliknya perlu diperluaskan lagi kepada beberapa perkara sosial bagi mewujudkan pertumbuhan yang baik dalam setiap komuniti.”
Dalam perkembangan lain, selain pertambahan bilangan anggota polis rondaan dan  berkuda   di lokasi  awam, balai polis bergerak dilihat berperanan sebagai pusat kawalan untuk mengurangkan kadar jenayah.
“Balai polis bergerak antara lain sebagai tempat untuk menerima sebarang laporan dan aduan orang awam yang menghadapi masalah.
Dengan wujudnya balai polis bergerak di sekitar daerah polis akan dapat mengurangkan lagi kadar jenayah di kawasan panas terutamanya yang melibatkan jenayah jalanan.
Sehubungan itu marilah bergerak bersama-sama dengan PDRM dalam menjayakan Community Policing, bagi menggerunkan penjenayah sekali gus  menghindarkan mereka daripada meneruskan aktiviti jenayah.

No comments:

Post a Comment