Thursday, 18 August 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran - Oleh Amer Shamiz de Relong.


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... ;)

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
:)) ramadhan karem..


Saturday, 30 July 2011

Pasukan polis - Profesional, efisien & berintegriti

Secara ringkasnya masyarakat ingin melihat satu pasukan Polis yang betul-betul profesional, efisien dan berintegriti - Professional, Efficient and Force with Integrity; Pasukan Polis yang sedia membantu dan ramah - Polis ready to serve and friendly; Pasukan Polis yang bertanggungjawab, berdisiplin dan telus dalam menjalankan tugas; Pasukan yang berorientasikan rakyat.

Dibawah pimpinan Ketua Polis Selangor Dagto' Hj. Tun Hisan bin Dato' Hj. Tun Hamzah, banyak kejayaan telah diperolehi melalui idea-idea inovatifnya seperti 'konsep payung' mengadakan lawatan'sektor polis' serta rondaan atau lawatan ke taman-taman perumahan. Anggota polis yang meperkenalkan diri dengan mengedarkan kad nama dan secara tidak langsung telah mendekatkan pihak polis dengan masyarakat. Phak polis juga akan dilihat dan perasaan selamat akan dirasakan oleh masyarakat.

Diatas usaha-usaha baik dalam menangani jenayah oleh PDRM Selangor, saya berharap Polis Kontinjen Negeri Selangor boleh melangkah kearah mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan mewujudkan persepsi positif masyarakat kepada Kontinjen Polis tersebut.

by Tan Sri Lee Lam Thye
  Naib Pengerusi
  Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

nota beyond NKRA 
Polis Selangor.

Cerita seorang kawan - daun herba ubat barah.

Disember 2010 saya menghadiri kursus di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu. Dalam kursus tersebut semasa sesi public speaking seorang rakan kerja dari IPD Taiping telah bercerita perihal seorang Apek (gelaran bagi orang tua bangsa Cina) yang mengidap sakit ‘barah’. Apek juga tinggal di sebuah kampong di Taiping, Perak.

Apek balik dari temujanji doctor dengan menunggang motorsikal. Dalam perjalanan tersebut Apek teringat kata-kata doctor yang merawatnya menyatakan; “Apek, Apek punya jangka hayat hanya ada lebih kurang tiga ke empat bulan saja lagi. Penyakit Apek sudah kira banyak teruk.”
Tidak semena-mena sedang Apek berkhayal dengan kata-kata doctor tadi terdengar satu suara ghaib entah dari mana datangnya. (kisah benar ni macam cerita kartun sikit)
Suara ghaib berkata; “makanlah daun yang awak tanam itu.”
Apek sempat bertanya; “daun yang mana?”
Jawab suara ghaib itu; “daun pokok depan rumah tu.”
Selesai dialog tersebut, Apek teringat dia ada tanam sejenis pokok herba yang berasal dari negeri Cina beberapa bulan lalu. Dia sendiri tidak tahu nama pokok dan tidak pasti apa kegunaannya. Sampai dirumah dia terus menuju pokok tersebut dan mengambil 3 helai daun lalu memakannya. Mulai saat itu Apek makan daun tersebut 3 ke 4 helai sehari selama sehingga temujanji doctor kemudiannya.

Pada bulan ke-3 apik masih lagi ada temujanji doctor. Setelah pemeriksaan, alangkah terkejutnya doctor tersebut  sambil berkata;
“Lu punya sakit sudah tak ada dalam…”
Apek; apa maksud tuan ?
Doctor; sakit ‘barah’ apik sudah sembuh !
Apek; yak ah!...oohhh..telima kasih tuan Doctor…itu Tuhan lagi saya kasi manyak-manyak telima ksih. Tuhan sudah beri saya satu bonus..umur saya dia kasi panjang. Terima kasih pada Tuhan.

APEK SANGAT PERCAYA DENGAN KEIZINAN TUHAN HASIL MAKAN DAUN TERSEBUT SETELAH DIBERITAHU OLEH SUARA GHAIB, MEMBUATKAN DIA SEMBUH DARI PENYAKIT BARAH YANG DIHIDAPI SEKIAN LAMA.

Mulai saat itu Apek berikrar dengan menyatakan; “sesiapa yang memerlukan ‘daun’ tersebut untuk mengubat sakit barah bolehlah ambil dengan tidak perlu membayar se sen pun. Itu tandanya saya sangat berterima kasih pada Tuhan beri umur panjang”. (Apek pun tahu bersyukur).

Kembali kepada kisah sahabat saya tadi. Beliau mengidap penyakit jantung dan mengamalkan makan ‘daun’ tersebut agak lama juga. Pada mulanya agak was-was juga untuk menghadiri ujian lari 2.4 kilometer semasa kursus itu. Beliau "bertawakal kepada Allh," ingin juga mencubanya. Alangkah terkejutnya, beliau berjaya menamatkan larian 2.4km dengan catatan masa 16 minit diusia hampir 52 tahun. (Saya yang selalu berjogging berusia 53 thn ketika itu pun hanya boleh buat 17.35 minit)

Penyakit – dari Dia datangnya kepada Dia kembalinya.
(wallahualam)



Inilah gambar pokok ‘daun’ yang dimaksudkan sedang disemai dalam pasu dirumah saya.






Friday, 29 July 2011

Tinggal Kenangan - Ayah ku.

Sewaktu alam kanak-kanak aku sangat rapat dengan ayah. Banyak perkara kami lakukan bersama untuk kehidupan cara orang kampong. Perkara-perkara lumrah seperti menorah getah (dipanggil ‘memotong’ getah), menanam padi (segala proses sebelum menanam hingga menuai), menyauk ikan dalam ‘belat’, tidor di kebun buah-buahan dalam hutan ‘geta’ (kebun durian, langsat, manggis dan lain-lain). Kami juga sering masuk hutan mencari rotan untuk kegunaan membuat atap rumah dari daun rumbia. Selain itu mencari buah kerdas, petai, tampoi atau taban.

Ayah antara orang di Relong yang memiliki senapang shoot gun 12 bore. (disebut ‘senapang patah’). Ayah ku juga mempunyai kepandaian yang tidak dimiliki oleh orang lain di Relong (setahu aku). Kepandaiannya dipanggil ‘mengetuk kancil’. Lihat caranya amat mudah, dengan menggunakan dua atau tiga keping daun hutan yang lebar dan sebatang kayu sebesar jari. Kombinasi daun dan kayu membuat ‘ketukan’ diatas tanah dengan alunan lagu/rentak tersendiri. Bila terdengar ketukan itu sang kancil pun datang menghampiri. Masa itu ayah akan mengangkat senapang lalu melepaskan tembakan. Aku akan berlari mendapatkan kancil ditembak untuk disembelih ayah. Beberapa kali juga aku sempat melihat sang kancil akan ‘menari-nari’ mengikut rentak ‘ketukan’ yang dibuat ayah. Kekadang ayah saja melayan tarian kancil untuk aku melihatnya dulu sebelum menembak. Lokasi ‘mengetuk kaqncil’ kami ialah sepanjang Bukit Peninjau dan sekitar hutan ‘Geta’. Semasa kecil ku memang puas makan kancil.


Ketika umur ku menjangkau 11 ke 12 tahun aku sudah berani sendirian merayau sekitar hutan Geta berbekalkan ‘senapang patah’ ayah. Aku juga sudah mula pandai menembak. Ayah tidak pernah melarang perbuatan ku belajar menembak tupai dan kera (monyet) di kebun durian. Amat menyeronokan. Aku juga pernah meniru dan mencuba cara ayah ‘mengetuk kancil’. Meski pun kawasan itu dipercayai memang ada kancil hasil telitian keatas daun gelugur dengan kesan dimakan kancil namun sang kancil tak pernah muncul. Ayah juga yang menunjuk ajar cara kancil hanya makan daun gelugur relai (jatuh) pada tangkalnya sahaja.

Semasa masih dirumah sebelum keluar kehutan bersama ayah terbayang pelbagai perkara menakutkan. Perkara paling membimbangkan ialah jika bertemu pak belang (harimau). Alhamdulillah, sepanjang masa berada dihutan kami tidak pernah bertembung dengan pak belang dan perkara-perkara lain yang menakutkan aku sebagai seorang budak. Masih ingat ayah pernah berkata “masuk hutan mesti berani, segala benda dihutan juga makhlok Tuhan. Mintalah perlindungan-Nya agar kita selamat.”



Kepandaian ayah ‘mengetuk kancil’ tidak diwarisi oleh siapa-siapa bir pun abang ku ‘Berahim’ kini mewarisi ‘senapang patah’ nya. Semuanya hanya tinggal kenangan.


Sunday, 24 July 2011

Face to face OCPD

http://www.slide.com/r/Myf33mDD7j-RwLtqmEk8ehk37Bm2nKFC?fbr=1

Transformasi Melampaui Pengurusan

Transformasi melampaui pengurusan  (transformation beyond management) adalah satu-satunya strategi yang perlu dan penting untuk diaplikasi di dalam PDRM. Strategi-strategi untuk transformasi ini telah dengan jelas dan tepat di dalam konsep 4P yang diilhamkan oleh YDH IGP Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara, dan; " We must read the same note and sing the same song to harmonize the philosophy of 4P's."

Nilai-nilai forward thinking yang diperlukan dalam membentuk organisasi pasukan PDRM yang moden dan dinamik tersirat di dalam elemen 4P iaitu ProtectivePerformance and outcome oriented, Proactive dan People Oriented.

Konsep partnership antara polis dan masyarakat telah wujud semenjak tahun 1952 lagi. Kol. A.E.Young, Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang memperkenalkan konsep "Sedia Berkhidmat" pada Disember 1952, pernah mengungkapkan kata-kata ini, "The future ofthe Malaya police force must be less and less of a Force and more and more of aservice."

IGP, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan polis sebagai"Pelindung" kepada masyarakat, telah meletakkan elemen protective di kedudukan tertinggi di dalam strategi 4P. Kepentingan dan keutamaan elemen pelindung atau protector kepada rakyat telah dikupas dengan jelas oleh ahli-ahli falsafah dan para ilmuan merentasi agama dan negara.

Sebagai contoh, 2500 tahun yang lepas seorang Jeneral dari negara China bernama Sun Tzu di dalam bukunya Art of War telah menyatakan, "Seorang panglima yang berjuang tanpa memikirkan kemasyhuran dirinya tetapi hanya untuk melindungi rakyat dan negeri daripada musuh adalah permata kepada sesebuah negara."

Thiru Valluvar, seorang ilmuan dari negara india yang telah menulis sebuah buku kesusasteraan Tamil berjudul Thiru Kural mengatakan, "Jika seorang pelindung gagal memberi perlndungan, Brahim akan melupakan Veda dan lembu tidak aakan memberi susu." (If the people's protector fails to protect, Brahimins will forget Vedas and cow not have milk)

Saidina Umar ra.
Ditanya - "Mengapa sedikit tidor pada malam hari?" Jawap - "Aku takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai."
Ditanya - "Mengapa kurang tidur pada waktu siang ?" Jawap - "Aku takut urusanku dengan manusia tidak selesai." (Beliau berjaga menjadi protector kepada masyarakat)

Tinggal Kenangan

Relong kampong ku. Sungai Teris satu-satunya sungai merintangi kampong ku. Sungai Teris mempunyai nostalgia tersendiri buat penduduk Kampong Relong. Sebahagian sungai ini dipenuhi oleh pokok rumbia yang menjadi punca makanan utama kepada ternakan ayam dan itek serta pokok mengkuang untuk membuat tikar. Air sungai menjadi keperluan utama bagi kehidupan masyarakat. Sungai itu sendiri antara tempat mencari rezeki seperti memancing, melukah, menjaring dan pelbagai cara bagi menangkap ikan dari pelbagai jenis. 


Sungai teris ini lah juga tempat aku mula-mula belajar berenang. Pernah 'cengkelik' diperingkat awal belajr berenang. Sungai teris juga menjadi tempat bagi aku dan rakan-rakan bermain rakit yang dibuat dari pelepah rumbia. Jika tidak berakit pun ianya tempat mandi manda secara beramai-ramai bersama kawan amat menyeronokan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti lumba renang, menyelam, bagi menunjukkan siapa hebat secara suka-suka.


Aki aku, Khatib Uteh bin Imam Talib adalah seorang yang pandai membuat 'belat' bagi menangkap ikan dengan cara mengumpan biji-biji kekabu dan daun dedalu. Apabila ikan sudah banyak masuk ke dalam belatnya dia akan melepaskan tali penutup 'belat', maka ikan-ikan pun terjerat dalam 'belat'. Kebiasanya ikan yang makan umpan belat ini ialah ikan 'lampam' dan 'peroi'.


Dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah aku direndam dalam sungai separas pinggang selama beberapa jam sebelum di 'sunat' oleh tok mudim aki Had.....hehehee.


kini semuanya sudah tiada lagi, hanya tinggal kenangan...

MASYARAKAT DAN POLIS PERLU BERGANDING BAHU BANTERAS JENAYAH

Integrasi  antara masyarakat dan anggota polis harus dikekalkan dalam usaha kedua-dua pihak berusaha membendung jenayah yang berlaku di kawasan perumahan.
Dengan adanya kerjasama erat antara kedua-dua belah pihak,  tidak mustahil  kadar jenayah berjaya dikurangkan memandangkan tugas membendung jenayah bukan terletak di bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja.
Dalam konteks tersebut,  mentaliti masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah. Masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.
“Masyarakat turut berperanan menjayakan konsep `Community Policing’ sekali gus bergandingan bersama polis setempat bagi meningkatkan lagi fungsi dan keberkesanannya dalam usaha mencegah jenayah.” Jalinan usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan baik  tanpa kerjasama masyarakat setempat.
 “Hubungan baik masyarakat dan polis tidak seharusnya dibina pada dasar profesional sahaja, sebaliknya perlu diperluaskan lagi kepada beberapa perkara sosial bagi mewujudkan pertumbuhan yang baik dalam setiap komuniti.”
Dalam perkembangan lain, selain pertambahan bilangan anggota polis rondaan dan  berkuda   di lokasi  awam, balai polis bergerak dilihat berperanan sebagai pusat kawalan untuk mengurangkan kadar jenayah.
“Balai polis bergerak antara lain sebagai tempat untuk menerima sebarang laporan dan aduan orang awam yang menghadapi masalah.
Dengan wujudnya balai polis bergerak di sekitar daerah polis akan dapat mengurangkan lagi kadar jenayah di kawasan panas terutamanya yang melibatkan jenayah jalanan.
Sehubungan itu marilah bergerak bersama-sama dengan PDRM dalam menjayakan Community Policing, bagi menggerunkan penjenayah sekali gus  menghindarkan mereka daripada meneruskan aktiviti jenayah.

Chif Police Officer to Meet Public


If your neighbourhood safety is becoming a concern to you and you need the attention of the Police, you can now have the attention of the chiefs in the Royal Malaysia Police (PDRM).
PDRM announced the “PDRM Bersama Pelanggan” initiative that encourages concerned citizens to walk in and meet with their state and district level police chiefs during scheduled sessions. The sessions begin from 7th July 2011 onwards.
The public can meet and share their complaints on a monthly basis with the Chief Police Officers (CPO) at respective “Ibu Pejabat Kontinjen” (IPK) and with the Officer in Charge of Police District (OCPD) at the, “Ibu Pejabat Polis Daerah” (IPD) as scheduled below:
1. 1st. Week of the moonth.
- Day     : Thursday.
- Time    : 9.00 am to 12.00 noon
- Venue : Ibu Pejabat Polis Daerah

2. 3rd. Week of the moonth.
- Day     : Saturday.
- Time    : 2.00 pm to 5.00 pm
- Venue : Ibu Pejabat Polis Daerah

3. 4rd. Week of the moonth
- Day     : Thursday
- Time    : 9.00 am to 12.00 noon
- Venue : Ibu Pejabat Polis Kontinjen

“Our aim is to ensure that the people‟s complaints are addressed in a swift manner and we get their feedback on the initiatives implemented by the Police Department to benefit them,” shared the Inspector General of Police Ismail Omar.
The walk-in sessions encourage the public to highlight the concerns of their neighbourhood, family and personal safety directly to the chiefs. The sessions are also expected to increase the interaction between the Police and the people to create a closer knit community and gain the people‟s thoughts on the force‟s service level.
For more information on the “PDRM Bersama Pelanggan”, please visit:
www.rmp.gov.my.


Monday, 20 June 2011

KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH

1. Kesan kepada penagih
• Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya
dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
• Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
• Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan 
seperti dalam khayalan.
• Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
• Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan kepada keluarga
• Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
• Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang
banyak untuk merawatnya.
• Rumah tangga menjadi porak peranda.
• berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.


3. Kesan kepada masyarakat
• mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan
pembunuhan.
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat 

penglibatan remaja dan belia dengan dadah. 
• Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan 
anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan kepada Negara
• Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
• Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
• Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
• Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 
• Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota 
polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
• Kos kerugian tenaga dan modal insane yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan 
dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.



Thursday, 16 June 2011

DAUN KETUM


Pengenalan
* Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth

* Pokok Ketum

  • Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil
  • 2 jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yangb lain berwrna putih (dikatakan mmpunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)
* Kegunaan - Daun banyak digunakan sebagi ubat tradisi dan dadah narkotik

Nama Jalanan
Daun ketum, atau Biak di Malaysia; Kartom, Ithang, Kakuan, Thom di Thailand

Kesan Farmakologi
  • Bertindak dalam mas 5 hingga 10 minit setelah mengambilnya dan tahan selama 6 jam
  • Mengurangkan ketegangan otot
  • Menindas sistem saraf pusat
  • Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)
  • Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil
Kesan Penyalahgunaan Daun Ketum
  • Menghalang motivasi
  • Bosan dan malas
  • Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
  • Merasa gatal atau berpeluh
  • Anak mata menjadi sempit
  • Merasa loya
  • Mulut menjadi kering
  • Kerap kencing
  • Kehilangan selera makan
  • Sembelit
  • Hilang berat badan
  • Insomnia (payah tidur)
  • Psikosis (gila)
Gejala Ketagihan Daun Ketum
  • Hidung dan mata berair
  • Sakit pada otot dan tulang
  • Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
  • Tingkah laku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
  • Mudah marah
Rawatan
Rujuk kepada Pegawai Antidadah di Pejabat AADK berhapiran tempat anda untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunsling.

Perundangan
Akta/Seksyen - Akta Racun 1952 [Sek. 30(5)]
Kesalahan - Pemilikan daun Ketum, pemprosesan atau jualan.
Hukuman - Denda sehingga RM 10,000 dan/atau penjara selama 4 tahun.



DADAH - GANJA.


Pengenalan
Nama saintifik tumbuhan ini ialah Cannabis Sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tmpat. Ia juga dikenali sebagai marihuana atau marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang brmaksud bahan yang memabukkan.

Nama Jalanan
Weed, Pot, Grass, Reefer, Mary Jane Joint, Roach atau Nail, Blunt.

Jenis-Jenis
Kanabis Herba
Dikenali sebagai Ganja, Marijuana/grass, Pot/Weed, Bhang, Kit, Takrouri dan Dagga. Ia merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Cannabis yangb dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan.

Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)
Resin/getah kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpul, dikering atau dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk atau pun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kesan dan Akibat




KAMERA TRAFIK LIGHT


RAMAI YANGN TIDAK BERHATI-HATI MUNGKIN KERANA TIDAK SABAR ATAU TIDAK TAHU BANYAK LOKASI TRAFIK LIGHT MEMPUNYAI KAMERA RED LIGHT YANG BOLEH MERAKAM KENDERAAN ANDA TATKALA MELANGGAR TRAFIK LIGHT MERAH. AKIBATNYA ANDA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 ( AKTA 333 - LN 167/59) GAGAL MEMATUHI LAMPU ISYARAT PERATURAN 17 TANDA LALULINTAS PERATURAN LALULINTAS 1959.


BAGAIMANA RED LIGHT SURVEILLANCE CAMERA PDRM BERFUNGSI.






Dua gambar (Foto A & B ) diambil untuk tiap-tiap kesalahan menunjukkan kenderaan melepasi loop sensor selepas garis henti, juga menunjukkan masa, tarikh, lokasi persimpangan dan masa fasa merah berjalan semasa berlakunya kesalahan tidak patuh lampu isyarat.

Wednesday, 15 June 2011

RAKAN COP - BERSAMA MEMERANGI JENAYAH.

JIKA ANDA TIDAK MEMBANTU POLIS...SIAPA LAGI ? MEMERANGI JENAYAH ADALAH TANGGNGJAWAB BERSAMA. BEBASKAN DIRI ANDA DAN NEGARA DARI ANCAMAN JENAYAH. ANTARA CARANYA...MENDAFTAR SEBAGAI AHLI RAKAN COP. ANDA BOLEH MENYAMPAIKAN MAKLUMAT BERKAITAN JENAYAH MELALUI RAKAN COP.

CARA MENDAFTAR AHLI RAKAN COP.
TAIP:
POLISSEL <jarak> daftar <jarak> nama sebenar hantar ke 32728.
Anda akan menerima maklum balas berikut:
No. ahli Rakan Cop anda ialah...(Ch. 12345). Terima kasih.


CARA MENGHANTAR MAKLUMAT
TAIP:
POLISSEL <jarak> maklumat hantar ke 32728 (DAPAT).
Anda akan menerima maklum balas berikut:
Maklumat yang dihantar telah diterima.
No. rujukan penerimaan adalah sel 12345. Terima kasih.


CARA MEMERIKSA SAMAN
TAIP:
POLIS SAMAN <jarak> <no.K.P./No. Pendaftaran kereta>
hantar ke 32728 (DAPAT)
Anda akan menerima maklum balas berikut:
Contoh: WLK772: Terdapat 1 saman berjumlah RM 150 sehingga 10/10/2011. Utk senarai terperinci sila taip POLIS SAMAN WLK77221 dan hantar ke 32728 (DAPAT).


CARA MEMERIKSA SAMAN TERPERINCI
TAIP:
POLIS SAMAN <jarak> <no.K.P./No. Pendaftaran kereta> SEMUA hantar ke 32728 (DAPAT)
Ada akan menerima maklum balas aman terperinci.

SELAMAT MENDAFTAR SEBAGAI AHLI RAKAN COP SELANGOR.



SENARAI NOMBOR TELEFON                                SENARAI NO. TELEFON
UTAMA IBU PEJABAT POLIS                                  LAIN-LAIN TEMPAT
DAERAH SELANGOR                                                (IBU PEJABAT POLIS
                                                                                     KONTINJEN)

 PETALING JAYA                                    IPK SELANGOR
 TEL           : 03 - 7956 22222                   TEL  : 03 - 5514 5222
 HOTLINE   : (TIADA)                               SMS : POLISSEL 32728

GOMBAK                                                IPK PERLIS
TEL           : 03 - 6138 5222                      HOTLINE : 
HOTLINE  : 03 - 6136 2899                       SMS        : POLIS 32728

HULU SELANGOR                                  IPK KEDAH
TEL           : 03 - 6064 1222                      HOTLINE : 04 - 7392 999
HOTLINE  : 03 - 6065 1021                       SMS  : POLISKD 32728

KAJANG                                                 IPK PULAU PINANG
TEL           : 03 - 8736 2222                      HOTLINE : 03 - 2691 999           
HOTLINE  : 03 - 8733 6580                       SMS  : POLIDPG 32728

KLANG                                                    IPK PERAK
TEL           : 03 - 3371 2222                       HOTLINE  : 05 - 2401 999
HOTLINE  : 03 - 3371 9999                        SMS   : POLISPK 32728

KUALA LANGAT                                      IPK NEGERI SEMBILAN
TEL          : 03 -3187 2222                         HOTLINE   : 06 - 7619 999
HOTLINE : 03 - 3181 3853                         SMS    : POLISNS 32728

KUALA SELANGOR                                 IPK MELAKA
TEL           : 03 - 3289 1222                       HOTLINE   : 06 - 2851 999
HOTLINE  : 03 - 3281 3853                        SMS          : POLISMK 32728

SABAK BERNAM                                     IPK JOHOR
TEL           : 03 - 3224 2222                       HOTLINE   : 07 - 2212 999
HOTLINE  : 03 - 3224 5963                        SMS    : POLISJOH 32728

SEPANG                                                  IPK PAHANG
TEL           : 03 - 8706 6122                       HOTLINE   : 09 - 5151 999
HOTLINE  : 03 - 8706 7761                        SMS    : POLISPH 32728

SHAH ALAM                                             IPK TERENGGANU
TEL           : 03 - 5510 2222                       HOTLINE   : 09 - 6270 499
HOTLINE  : 03 - 5510 2220                        SMS    : POLISTR 32728

SUBANG JAYA                                         IPK SABAH
TEL           : 03 - 8948 4822                       HOTLINE   : 088 - 318 555
HOTLINE  : 03 - 8948 1421                        SMS    : POLISSBH 32728


AMPANG JAYA                                         IPK SARAWAK
TEL           : 03 - 4252 2222                       HOTLINE   : 082 - 240 800
HOTLINE  : 03 - 4525 4866                        SMS : POLISSWAK 32728


















HINDARI RUANG & PELUANG KEPADA PENJENAYAH

SEGAGAH MANA PUN ANDA, JIKA PELUANG DAN RUANG DIBERIKAN, MENYESAL TIDAK BERGUNA.



SABAN HARI KITA DIDEDAHKAN DENGAN BERITA JENAYAH DISANA SINI. PENJENAYAH TIDAK MEMILIH MANGSA ASALKAN ADA PELUANG DAN RUANG TERBUKA UNTUK MEREKA LAKUKAN. SEKECIL MANA SEKALI PUN JENAYAH DILAKUKA AKAN MEMBERI IMPAK KEPADA MASYARAKAT DAN NEGARA. ADA ANTARA MEREKA TERUS MENYALAHKAN POLIS DAN PEMERINTAH DENGAN PELBAGAI SOALAN, KENAPA POLIS GAGAL MEMBENTERAS ? APA TINDAKAN PROAKTF PEMERINTAH ?

SEDARKAH KITA BAGAIMANA PELUANG DAN RUANG DIBERIKAN MANGSA KEPADA PENJENAYAH ? TIDAKKAH PERNAH TERFIKIR TANGGUGJAWAB BERSAMA MENGHINDARI JENAYAH MELALUI TREND DAN MODUS OPRANDI PENJENAYAH YANG DIPAPARKAN SABAN HARI MELALUI  DADA AKHBAR.

SECARA RINGKASNYA DISINI DIPAPARKAN BEBERAPA KEJADIAN JENAYAH JALANAN YANG KECIL SERING BERLAKU AKIBAT KECUAIAN MANGSA YANG SEPATUTNYA BOLEH DIHINDARI:
KES 1. MANGSA SEDANG MAKAN DIGERAI TEPI JALAN DGN MELETAKKAN HAND BAG DIATAS MEJA MAKAN. DATANG SEBUAH MOTORSIKAL PEMBONCENGNYA MERAGUT HAD BAG DIATAS MEJA. 

KES 2. MANGSA BERJALAN DIBAHU JALAN DENGAN MENGIKUT ARUS TRAFIK DENGAN MENYANDANG HAND BAG DIBAHU KANAN. DATANG SEBUAH M/SIKAL PEMBONCENGNYA TERUS MERAGUT HAND BAG.

KES 3. MANGSA BERJALAN MENGIKUT ARUS TRAFIK ERJALAN DI BAHU JALAN SAMBIL MENGGUNAKAN H/PHONE TANGGAN KANAN. DATANG M/SIKAL DAN PEMBONCENG TERUS MERAMPAS H/PHONE.

KES 4. MANGSA BALIK KERUMAH DIAWAL PAGI DAN PARKING KERETA DEPAN RUMAH. SETELAH MATIKAN ENJIN TERUS KELUAR DARI KERETA. TIBA TIBA DATANG PENJENAYAH TERUS MENYAMUN. 

BAGI KES SATU; JANGAN LETAK HAND BAG (BARANG BERHARGA) DIATAS SAMBIL MAKAN.
BAGI KES 2 DAN 3; ELAKKAN BERJALAN DIBAHU JALAN DENGAN MENGIKUT ARUS TRAFIK DAN JANGAN GUNAKAN BAHU KANAN/TANGAN KANAN MENYANDANG BEG/MENGGUNAKAN H/PHONE.
BAGI KES 4; JANGAN TERUS KELUAR DARI KERETA SELEPAS ENJIN DIMATIKAN SEBALIKNYA BUAT PEMERHATIAN SEKELILING.

* PAPARAN INI DIHARAP BOLEH MEMBERI PENGAJARAN / PENGETAHUAN  KEPADA RAKAN RAKAN. 

KAWALAN KEHORMATAN PDRM





KAWALAN KEHORMATAN PENUH DENGAN PANJI UTAMA
KELAYAKAN MENERIMA TABIK HORMAT DAN PEMERIKSAAN BARIS.
  1. YDH KETUA POLIS NEGARA
  2. YAB PERDANA MENTERI
  3. DYMM RAJA-RAJA ATAU TUAN YANG TERUTAMA (TYT).

KAWALAN KEHORMATAN  DGN BENDERA SANG SAKA BIRU (TANPA PANJI UTAMA)
KELAYAKAN MENERIMA TABIK HORMAT DAN PEMERIKSAAN BARIS.
  1. YDH TIMBALAN KETUA POLIS NEGARA
  2. PENGARAH
  3. PESURUHJAYA POLIS
  4. KETUA POLIS
  5. KOMANDER BRIGED PGA
  6. KOMANDAN PUSAT LATIHAN
  NOTA:
- RUJUKAN : KPN 17 / 16 / 1 / 15 BERTARIKH 15 SEPTEMBER 2005. 
(DALAM ARAHAN INI TIADA PULA MENYATAKAN KAWALAN KEHORMATAN PENUH ATAU KAWALAN KEHORMATAN SEPARUH).

- PTKPN A109.
Jenis Kawalan             
Bahagian  ini  hendaklah  dibaca  bersama  Perintah  Tetap  Ketua  Polis  Negara   A 109
Kawalan Kehormatan Kehormatan ( Guard of Honour ).  Kawalan  Kehormatan  biasanya
ditubuhkan dengan arahan pucuk pimpinan / Pegawai Pemerintah bagi pelaksanaan satu-
satu Upacara Rasmi seperti  dinyatakan dalam HTKPN bahagian A 109.
Terdapat 2 jenis atau bentuk Kawalan Kehormatan yang biasa ditubuhkan. Jenis / bentuk
Kawalan Kehormatan adalah seperti berikut :-
a.    Kawalan Kehormatan penuh dengan Panji Utama.
b.    Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama

Keanggotaan :-
a.    Kawalan Kehormatan penuh dengan Panji Utama.
Terdiri dari 105 orang Pegawai Kanan, PRP dan APR seperti berikut :-
i )     PP. Baris                             -     1 Pegawai berpangkat Supt/DSP
ii)     Pen. PP. Baris                    -     1 Pegawai berpangkat DSP/ASP
iii)    Pembawa Panji Utama      -     1 Pegawai berpangkat Inspektor
iv)   S.I. Baris                                -     1 PRP berpangkat S. Inspektor
v)    SM Pengiring Panji Utama  -     1 PRP berpangkat Sarjan Major
vi)   Pengiring Panji Utama         -     2 PRP berpangkat Sarjan
vii)  Penanda Kanan / Kiri           -     2 PRP berpangkat Sarjan
viii) Anggota K. Kehormatan      -   96 PRP/APR berpangkat Koperal/Konstabel.   

b.    Kawalan Kehormatan separuh tanpa Panji Utama.
Terdiri dari 53 orang Pegawai Kanan, PRP dan APR seperti berikut :-
 i )     PP. Baris                             -     1 Pegawai berpangkat DSP/ASP
 ii)     Pen. PP. Baris                    -     1 Pegawai berpangkat ASP/Insp
 iii)    SM Baris                             -     1 PRP berpangkat Sarjan Major
 vi)    Penanda Kanan / Kiri         -     2 PRP berpangkat Sarjan
  v)    Anggota K. Kehormatan     -     48 PRP/APR berpangkat Koperal/Konstabel.


Pakaian.
Pakaian bagi Pegawai dan Anggota Kawalan Kehormatan adalah seperti berikut :-
a.    Pakaian Istiadat No. 2 ( Special Ceremonial ) – Dipakai ketika Upacara Perbarisan yang dihadiri oleh DYMM SPB YDP Agong / Raja-Raja.
b.    Pakaian Istiadat No. 1 – Dipakai ketika Upacara Perbarisan yang dihadiri lain-lain pembesar negara.
c.    Pakaian seragam Unit ( Drill Order )
d.    Anggota Kawalan Kehormatan menggunakan senjatapi M.16 lengkap dengan benet.