Monday 20 June 2011

KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH

1. Kesan kepada penagih
• Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya
dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
• Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
• Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan 
seperti dalam khayalan.
• Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
• Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan kepada keluarga
• Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
• Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang
banyak untuk merawatnya.
• Rumah tangga menjadi porak peranda.
• berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.


3. Kesan kepada masyarakat
• mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan
pembunuhan.
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat 

penglibatan remaja dan belia dengan dadah. 
• Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan 
anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan kepada Negara
• Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
• Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
• Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
• Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 
• Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota 
polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
• Kos kerugian tenaga dan modal insane yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan 
dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.



No comments:

Post a Comment