Thursday 16 June 2011

DAUN KETUM


Pengenalan
* Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth

* Pokok Ketum

  • Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil
  • 2 jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yangb lain berwrna putih (dikatakan mmpunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)
* Kegunaan - Daun banyak digunakan sebagi ubat tradisi dan dadah narkotik

Nama Jalanan
Daun ketum, atau Biak di Malaysia; Kartom, Ithang, Kakuan, Thom di Thailand

Kesan Farmakologi
  • Bertindak dalam mas 5 hingga 10 minit setelah mengambilnya dan tahan selama 6 jam
  • Mengurangkan ketegangan otot
  • Menindas sistem saraf pusat
  • Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)
  • Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil
Kesan Penyalahgunaan Daun Ketum
  • Menghalang motivasi
  • Bosan dan malas
  • Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
  • Merasa gatal atau berpeluh
  • Anak mata menjadi sempit
  • Merasa loya
  • Mulut menjadi kering
  • Kerap kencing
  • Kehilangan selera makan
  • Sembelit
  • Hilang berat badan
  • Insomnia (payah tidur)
  • Psikosis (gila)
Gejala Ketagihan Daun Ketum
  • Hidung dan mata berair
  • Sakit pada otot dan tulang
  • Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
  • Tingkah laku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
  • Mudah marah
Rawatan
Rujuk kepada Pegawai Antidadah di Pejabat AADK berhapiran tempat anda untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunsling.

Perundangan
Akta/Seksyen - Akta Racun 1952 [Sek. 30(5)]
Kesalahan - Pemilikan daun Ketum, pemprosesan atau jualan.
Hukuman - Denda sehingga RM 10,000 dan/atau penjara selama 4 tahun.



1 comment:

  1. Terima kasih dengan perkongsian info yang bagus.
    Follow blog ini.

    ReplyDelete