Thursday 18 August 2011

Cara mudah mencari muka surat dlm Quran - Oleh Amer Shamiz de Relong.


Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan. Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tips yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Jom sama2 kita belajar... ;)

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa:
5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82
Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82. Menarikkan?

Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa:
10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182

Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa:
23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44
Letakkan no 2 selepas jawapan.
Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442
Subhanallah, Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala...
:)) ramadhan karem..


Saturday 30 July 2011

Pasukan polis - Profesional, efisien & berintegriti

Secara ringkasnya masyarakat ingin melihat satu pasukan Polis yang betul-betul profesional, efisien dan berintegriti - Professional, Efficient and Force with Integrity; Pasukan Polis yang sedia membantu dan ramah - Polis ready to serve and friendly; Pasukan Polis yang bertanggungjawab, berdisiplin dan telus dalam menjalankan tugas; Pasukan yang berorientasikan rakyat.

Dibawah pimpinan Ketua Polis Selangor Dagto' Hj. Tun Hisan bin Dato' Hj. Tun Hamzah, banyak kejayaan telah diperolehi melalui idea-idea inovatifnya seperti 'konsep payung' mengadakan lawatan'sektor polis' serta rondaan atau lawatan ke taman-taman perumahan. Anggota polis yang meperkenalkan diri dengan mengedarkan kad nama dan secara tidak langsung telah mendekatkan pihak polis dengan masyarakat. Phak polis juga akan dilihat dan perasaan selamat akan dirasakan oleh masyarakat.

Diatas usaha-usaha baik dalam menangani jenayah oleh PDRM Selangor, saya berharap Polis Kontinjen Negeri Selangor boleh melangkah kearah mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif dan mewujudkan persepsi positif masyarakat kepada Kontinjen Polis tersebut.

by Tan Sri Lee Lam Thye
  Naib Pengerusi
  Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.

nota beyond NKRA 
Polis Selangor.

Cerita seorang kawan - daun herba ubat barah.

Disember 2010 saya menghadiri kursus di Maktab Polis Kuala Kubu Bharu. Dalam kursus tersebut semasa sesi public speaking seorang rakan kerja dari IPD Taiping telah bercerita perihal seorang Apek (gelaran bagi orang tua bangsa Cina) yang mengidap sakit ‘barah’. Apek juga tinggal di sebuah kampong di Taiping, Perak.

Apek balik dari temujanji doctor dengan menunggang motorsikal. Dalam perjalanan tersebut Apek teringat kata-kata doctor yang merawatnya menyatakan; “Apek, Apek punya jangka hayat hanya ada lebih kurang tiga ke empat bulan saja lagi. Penyakit Apek sudah kira banyak teruk.”
Tidak semena-mena sedang Apek berkhayal dengan kata-kata doctor tadi terdengar satu suara ghaib entah dari mana datangnya. (kisah benar ni macam cerita kartun sikit)
Suara ghaib berkata; “makanlah daun yang awak tanam itu.”
Apek sempat bertanya; “daun yang mana?”
Jawab suara ghaib itu; “daun pokok depan rumah tu.”
Selesai dialog tersebut, Apek teringat dia ada tanam sejenis pokok herba yang berasal dari negeri Cina beberapa bulan lalu. Dia sendiri tidak tahu nama pokok dan tidak pasti apa kegunaannya. Sampai dirumah dia terus menuju pokok tersebut dan mengambil 3 helai daun lalu memakannya. Mulai saat itu Apek makan daun tersebut 3 ke 4 helai sehari selama sehingga temujanji doctor kemudiannya.

Pada bulan ke-3 apik masih lagi ada temujanji doctor. Setelah pemeriksaan, alangkah terkejutnya doctor tersebut  sambil berkata;
“Lu punya sakit sudah tak ada dalam…”
Apek; apa maksud tuan ?
Doctor; sakit ‘barah’ apik sudah sembuh !
Apek; yak ah!...oohhh..telima kasih tuan Doctor…itu Tuhan lagi saya kasi manyak-manyak telima ksih. Tuhan sudah beri saya satu bonus..umur saya dia kasi panjang. Terima kasih pada Tuhan.

APEK SANGAT PERCAYA DENGAN KEIZINAN TUHAN HASIL MAKAN DAUN TERSEBUT SETELAH DIBERITAHU OLEH SUARA GHAIB, MEMBUATKAN DIA SEMBUH DARI PENYAKIT BARAH YANG DIHIDAPI SEKIAN LAMA.

Mulai saat itu Apek berikrar dengan menyatakan; “sesiapa yang memerlukan ‘daun’ tersebut untuk mengubat sakit barah bolehlah ambil dengan tidak perlu membayar se sen pun. Itu tandanya saya sangat berterima kasih pada Tuhan beri umur panjang”. (Apek pun tahu bersyukur).

Kembali kepada kisah sahabat saya tadi. Beliau mengidap penyakit jantung dan mengamalkan makan ‘daun’ tersebut agak lama juga. Pada mulanya agak was-was juga untuk menghadiri ujian lari 2.4 kilometer semasa kursus itu. Beliau "bertawakal kepada Allh," ingin juga mencubanya. Alangkah terkejutnya, beliau berjaya menamatkan larian 2.4km dengan catatan masa 16 minit diusia hampir 52 tahun. (Saya yang selalu berjogging berusia 53 thn ketika itu pun hanya boleh buat 17.35 minit)

Penyakit – dari Dia datangnya kepada Dia kembalinya.
(wallahualam)



Inilah gambar pokok ‘daun’ yang dimaksudkan sedang disemai dalam pasu dirumah saya.






Friday 29 July 2011

Tinggal Kenangan - Ayah ku.

Sewaktu alam kanak-kanak aku sangat rapat dengan ayah. Banyak perkara kami lakukan bersama untuk kehidupan cara orang kampong. Perkara-perkara lumrah seperti menorah getah (dipanggil ‘memotong’ getah), menanam padi (segala proses sebelum menanam hingga menuai), menyauk ikan dalam ‘belat’, tidor di kebun buah-buahan dalam hutan ‘geta’ (kebun durian, langsat, manggis dan lain-lain). Kami juga sering masuk hutan mencari rotan untuk kegunaan membuat atap rumah dari daun rumbia. Selain itu mencari buah kerdas, petai, tampoi atau taban.

Ayah antara orang di Relong yang memiliki senapang shoot gun 12 bore. (disebut ‘senapang patah’). Ayah ku juga mempunyai kepandaian yang tidak dimiliki oleh orang lain di Relong (setahu aku). Kepandaiannya dipanggil ‘mengetuk kancil’. Lihat caranya amat mudah, dengan menggunakan dua atau tiga keping daun hutan yang lebar dan sebatang kayu sebesar jari. Kombinasi daun dan kayu membuat ‘ketukan’ diatas tanah dengan alunan lagu/rentak tersendiri. Bila terdengar ketukan itu sang kancil pun datang menghampiri. Masa itu ayah akan mengangkat senapang lalu melepaskan tembakan. Aku akan berlari mendapatkan kancil ditembak untuk disembelih ayah. Beberapa kali juga aku sempat melihat sang kancil akan ‘menari-nari’ mengikut rentak ‘ketukan’ yang dibuat ayah. Kekadang ayah saja melayan tarian kancil untuk aku melihatnya dulu sebelum menembak. Lokasi ‘mengetuk kaqncil’ kami ialah sepanjang Bukit Peninjau dan sekitar hutan ‘Geta’. Semasa kecil ku memang puas makan kancil.


Ketika umur ku menjangkau 11 ke 12 tahun aku sudah berani sendirian merayau sekitar hutan Geta berbekalkan ‘senapang patah’ ayah. Aku juga sudah mula pandai menembak. Ayah tidak pernah melarang perbuatan ku belajar menembak tupai dan kera (monyet) di kebun durian. Amat menyeronokan. Aku juga pernah meniru dan mencuba cara ayah ‘mengetuk kancil’. Meski pun kawasan itu dipercayai memang ada kancil hasil telitian keatas daun gelugur dengan kesan dimakan kancil namun sang kancil tak pernah muncul. Ayah juga yang menunjuk ajar cara kancil hanya makan daun gelugur relai (jatuh) pada tangkalnya sahaja.

Semasa masih dirumah sebelum keluar kehutan bersama ayah terbayang pelbagai perkara menakutkan. Perkara paling membimbangkan ialah jika bertemu pak belang (harimau). Alhamdulillah, sepanjang masa berada dihutan kami tidak pernah bertembung dengan pak belang dan perkara-perkara lain yang menakutkan aku sebagai seorang budak. Masih ingat ayah pernah berkata “masuk hutan mesti berani, segala benda dihutan juga makhlok Tuhan. Mintalah perlindungan-Nya agar kita selamat.”



Kepandaian ayah ‘mengetuk kancil’ tidak diwarisi oleh siapa-siapa bir pun abang ku ‘Berahim’ kini mewarisi ‘senapang patah’ nya. Semuanya hanya tinggal kenangan.


Sunday 24 July 2011

Face to face OCPD

http://www.slide.com/r/Myf33mDD7j-RwLtqmEk8ehk37Bm2nKFC?fbr=1

Transformasi Melampaui Pengurusan

Transformasi melampaui pengurusan  (transformation beyond management) adalah satu-satunya strategi yang perlu dan penting untuk diaplikasi di dalam PDRM. Strategi-strategi untuk transformasi ini telah dengan jelas dan tepat di dalam konsep 4P yang diilhamkan oleh YDH IGP Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, Ketua Polis Negara, dan; " We must read the same note and sing the same song to harmonize the philosophy of 4P's."

Nilai-nilai forward thinking yang diperlukan dalam membentuk organisasi pasukan PDRM yang moden dan dinamik tersirat di dalam elemen 4P iaitu ProtectivePerformance and outcome oriented, Proactive dan People Oriented.

Konsep partnership antara polis dan masyarakat telah wujud semenjak tahun 1952 lagi. Kol. A.E.Young, Pesuruhjaya Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu yang memperkenalkan konsep "Sedia Berkhidmat" pada Disember 1952, pernah mengungkapkan kata-kata ini, "The future ofthe Malaya police force must be less and less of a Force and more and more of aservice."

IGP, Tan Sri Hj. Ismail bin Hj. Omar, dengan mengambil kira kepentingan perkhidmatan polis sebagai"Pelindung" kepada masyarakat, telah meletakkan elemen protective di kedudukan tertinggi di dalam strategi 4P. Kepentingan dan keutamaan elemen pelindung atau protector kepada rakyat telah dikupas dengan jelas oleh ahli-ahli falsafah dan para ilmuan merentasi agama dan negara.

Sebagai contoh, 2500 tahun yang lepas seorang Jeneral dari negara China bernama Sun Tzu di dalam bukunya Art of War telah menyatakan, "Seorang panglima yang berjuang tanpa memikirkan kemasyhuran dirinya tetapi hanya untuk melindungi rakyat dan negeri daripada musuh adalah permata kepada sesebuah negara."

Thiru Valluvar, seorang ilmuan dari negara india yang telah menulis sebuah buku kesusasteraan Tamil berjudul Thiru Kural mengatakan, "Jika seorang pelindung gagal memberi perlndungan, Brahim akan melupakan Veda dan lembu tidak aakan memberi susu." (If the people's protector fails to protect, Brahimins will forget Vedas and cow not have milk)

Saidina Umar ra.
Ditanya - "Mengapa sedikit tidor pada malam hari?" Jawap - "Aku takut urusanku dengan Tuhan tidak selesai."
Ditanya - "Mengapa kurang tidur pada waktu siang ?" Jawap - "Aku takut urusanku dengan manusia tidak selesai." (Beliau berjaga menjadi protector kepada masyarakat)

Tinggal Kenangan

Relong kampong ku. Sungai Teris satu-satunya sungai merintangi kampong ku. Sungai Teris mempunyai nostalgia tersendiri buat penduduk Kampong Relong. Sebahagian sungai ini dipenuhi oleh pokok rumbia yang menjadi punca makanan utama kepada ternakan ayam dan itek serta pokok mengkuang untuk membuat tikar. Air sungai menjadi keperluan utama bagi kehidupan masyarakat. Sungai itu sendiri antara tempat mencari rezeki seperti memancing, melukah, menjaring dan pelbagai cara bagi menangkap ikan dari pelbagai jenis. 


Sungai teris ini lah juga tempat aku mula-mula belajar berenang. Pernah 'cengkelik' diperingkat awal belajr berenang. Sungai teris juga menjadi tempat bagi aku dan rakan-rakan bermain rakit yang dibuat dari pelepah rumbia. Jika tidak berakit pun ianya tempat mandi manda secara beramai-ramai bersama kawan amat menyeronokan. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti lumba renang, menyelam, bagi menunjukkan siapa hebat secara suka-suka.


Aki aku, Khatib Uteh bin Imam Talib adalah seorang yang pandai membuat 'belat' bagi menangkap ikan dengan cara mengumpan biji-biji kekabu dan daun dedalu. Apabila ikan sudah banyak masuk ke dalam belatnya dia akan melepaskan tali penutup 'belat', maka ikan-ikan pun terjerat dalam 'belat'. Kebiasanya ikan yang makan umpan belat ini ialah ikan 'lampam' dan 'peroi'.


Dan yang paling tidak dapat dilupakan ialah aku direndam dalam sungai separas pinggang selama beberapa jam sebelum di 'sunat' oleh tok mudim aki Had.....hehehee.


kini semuanya sudah tiada lagi, hanya tinggal kenangan...