Sunday, 24 July 2011

MASYARAKAT DAN POLIS PERLU BERGANDING BAHU BANTERAS JENAYAH

Integrasi  antara masyarakat dan anggota polis harus dikekalkan dalam usaha kedua-dua pihak berusaha membendung jenayah yang berlaku di kawasan perumahan.
Dengan adanya kerjasama erat antara kedua-dua belah pihak,  tidak mustahil  kadar jenayah berjaya dikurangkan memandangkan tugas membendung jenayah bukan terletak di bahu pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sahaja.
Dalam konteks tersebut,  mentaliti masyarakat yang tidak suka mengambil tahu apa yang berlaku di kawasan kediaman masing-masing perlu diubah. Masyarakat yang prihatin adalah masyarakat yang mengambil tahu apa yang berlaku di sekitarnya.
“Masyarakat turut berperanan menjayakan konsep `Community Policing’ sekali gus bergandingan bersama polis setempat bagi meningkatkan lagi fungsi dan keberkesanannya dalam usaha mencegah jenayah.” Jalinan usaha tersebut tidak dapat dilaksanakan dengan baik  tanpa kerjasama masyarakat setempat.
 “Hubungan baik masyarakat dan polis tidak seharusnya dibina pada dasar profesional sahaja, sebaliknya perlu diperluaskan lagi kepada beberapa perkara sosial bagi mewujudkan pertumbuhan yang baik dalam setiap komuniti.”
Dalam perkembangan lain, selain pertambahan bilangan anggota polis rondaan dan  berkuda   di lokasi  awam, balai polis bergerak dilihat berperanan sebagai pusat kawalan untuk mengurangkan kadar jenayah.
“Balai polis bergerak antara lain sebagai tempat untuk menerima sebarang laporan dan aduan orang awam yang menghadapi masalah.
Dengan wujudnya balai polis bergerak di sekitar daerah polis akan dapat mengurangkan lagi kadar jenayah di kawasan panas terutamanya yang melibatkan jenayah jalanan.
Sehubungan itu marilah bergerak bersama-sama dengan PDRM dalam menjayakan Community Policing, bagi menggerunkan penjenayah sekali gus  menghindarkan mereka daripada meneruskan aktiviti jenayah.

Chif Police Officer to Meet Public


If your neighbourhood safety is becoming a concern to you and you need the attention of the Police, you can now have the attention of the chiefs in the Royal Malaysia Police (PDRM).
PDRM announced the “PDRM Bersama Pelanggan” initiative that encourages concerned citizens to walk in and meet with their state and district level police chiefs during scheduled sessions. The sessions begin from 7th July 2011 onwards.
The public can meet and share their complaints on a monthly basis with the Chief Police Officers (CPO) at respective “Ibu Pejabat Kontinjen” (IPK) and with the Officer in Charge of Police District (OCPD) at the, “Ibu Pejabat Polis Daerah” (IPD) as scheduled below:
1. 1st. Week of the moonth.
- Day     : Thursday.
- Time    : 9.00 am to 12.00 noon
- Venue : Ibu Pejabat Polis Daerah

2. 3rd. Week of the moonth.
- Day     : Saturday.
- Time    : 2.00 pm to 5.00 pm
- Venue : Ibu Pejabat Polis Daerah

3. 4rd. Week of the moonth
- Day     : Thursday
- Time    : 9.00 am to 12.00 noon
- Venue : Ibu Pejabat Polis Kontinjen

“Our aim is to ensure that the people‟s complaints are addressed in a swift manner and we get their feedback on the initiatives implemented by the Police Department to benefit them,” shared the Inspector General of Police Ismail Omar.
The walk-in sessions encourage the public to highlight the concerns of their neighbourhood, family and personal safety directly to the chiefs. The sessions are also expected to increase the interaction between the Police and the people to create a closer knit community and gain the people‟s thoughts on the force‟s service level.
For more information on the “PDRM Bersama Pelanggan”, please visit:
www.rmp.gov.my.


Monday, 20 June 2011

KESAN-KESAN PENGAMBILAN DADAH

1. Kesan kepada penagih
• Penagihan akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya
dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
• Tidak bertanggungjawap kepada persekolahan dan prestasi kerja.
• Dari segi fizikal, penagih akan menjadi kurus, lemah tenaga, malas dan kelihatan 
seperti dalam khayalan.
• Pitam, pengsan, berperasan ganas, rase ketagihan berlebihan.
• Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut.

2. Kesan kepada keluarga
• Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga
• Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang
banyak untuk merawatnya.
• Rumah tangga menjadi porak peranda.
• berlaku perceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.


3. Kesan kepada masyarakat
• mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan
pembunuhan.
• Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat 

penglibatan remaja dan belia dengan dadah. 
• Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan 
anggota masyarakat dengan dadah.

4. Kesan kepada Negara
• Kehilangan./ kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
• Kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah
• Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan.
• Kos kerana kerugian akibat daripan aktiviti jenayah yang berlaku
 
• Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasaan seperti menambah bilangan anggota 
polis, kakitangan jabatan penjara, mahkamah, hospital dan sebagainya.
• Kos kerugian tenaga dan modal insane yang kebanyakkan terlibat dalam penagihan 
dadah terdiri daripada golongan remaja dan belia.



Thursday, 16 June 2011

DAUN KETUM


Pengenalan
* Nama saintifik Pokok Ketum ialah Mitragyna Speciosa Korth

* Pokok Ketum

  • Pokok malar hijau, daun berwarna hijau tua berkilat, bunga kuning yang kecil
  • 2 jenis dedaun tetulang daun berwarna merah dan yangb lain berwrna putih (dikatakan mmpunyai kesan halusinogenik yang lebih kuat)
* Kegunaan - Daun banyak digunakan sebagi ubat tradisi dan dadah narkotik

Nama Jalanan
Daun ketum, atau Biak di Malaysia; Kartom, Ithang, Kakuan, Thom di Thailand

Kesan Farmakologi
  • Bertindak dalam mas 5 hingga 10 minit setelah mengambilnya dan tahan selama 6 jam
  • Mengurangkan ketegangan otot
  • Menindas sistem saraf pusat
  • Memberi kesan penagihan yang sederhana (mildly addictive)
  • Kesan berhubungkait dengan dos yang diambil
Kesan Penyalahgunaan Daun Ketum
  • Menghalang motivasi
  • Bosan dan malas
  • Kurang sensitif terhadap kesakitan fizikal dan emosi
  • Merasa gatal atau berpeluh
  • Anak mata menjadi sempit
  • Merasa loya
  • Mulut menjadi kering
  • Kerap kencing
  • Kehilangan selera makan
  • Sembelit
  • Hilang berat badan
  • Insomnia (payah tidur)
  • Psikosis (gila)
Gejala Ketagihan Daun Ketum
  • Hidung dan mata berair
  • Sakit pada otot dan tulang
  • Masalah pergerakan anggota kaki dan tangan
  • Tingkah laku agresif dan hostil (sikap bermusuhan)
  • Mudah marah
Rawatan
Rujuk kepada Pegawai Antidadah di Pejabat AADK berhapiran tempat anda untuk mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan kaunsling.

Perundangan
Akta/Seksyen - Akta Racun 1952 [Sek. 30(5)]
Kesalahan - Pemilikan daun Ketum, pemprosesan atau jualan.
Hukuman - Denda sehingga RM 10,000 dan/atau penjara selama 4 tahun.



DADAH - GANJA.


Pengenalan
Nama saintifik tumbuhan ini ialah Cannabis Sativa. Kanabis/Ganja merupakan sejenis tumbuhan yang didapati tumbuh meliar di banyak tmpat. Ia juga dikenali sebagai marihuana atau marijuana dan dikatakan berasal daripada perkataan Portugis iaitu Mariguango yang brmaksud bahan yang memabukkan.

Nama Jalanan
Weed, Pot, Grass, Reefer, Mary Jane Joint, Roach atau Nail, Blunt.

Jenis-Jenis
Kanabis Herba
Dikenali sebagai Ganja, Marijuana/grass, Pot/Weed, Bhang, Kit, Takrouri dan Dagga. Ia merujuk kepada bahagian daun dan pucuk berbunga pokok Cannabis yangb dikeringkan dan kadang-kadang dijadikan dalam bentuk blok atau sate. Ia menyerupai tembakau walaupun lebih kehijau-hijauan.

Resin Getah Kanabis (Hashish, Charas)
Resin/getah kanabis atau hashish adalah getah pucuk bunga kanabis yang dikumpul, dikering atau dibakar dan kemudiannya dijadikan blok serbuk atau pun kadang-kadang dicampurkan dengan lilin. Warna serbuk atau blok hashish berbeza daripada coklat muda ke hijau, coklat tua atau hitam.

Kesan dan Akibat




KAMERA TRAFIK LIGHT


RAMAI YANGN TIDAK BERHATI-HATI MUNGKIN KERANA TIDAK SABAR ATAU TIDAK TAHU BANYAK LOKASI TRAFIK LIGHT MEMPUNYAI KAMERA RED LIGHT YANG BOLEH MERAKAM KENDERAAN ANDA TATKALA MELANGGAR TRAFIK LIGHT MERAH. AKIBATNYA ANDA TELAH MELAKUKAN KESALAHAN DIBAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 ( AKTA 333 - LN 167/59) GAGAL MEMATUHI LAMPU ISYARAT PERATURAN 17 TANDA LALULINTAS PERATURAN LALULINTAS 1959.


BAGAIMANA RED LIGHT SURVEILLANCE CAMERA PDRM BERFUNGSI.






Dua gambar (Foto A & B ) diambil untuk tiap-tiap kesalahan menunjukkan kenderaan melepasi loop sensor selepas garis henti, juga menunjukkan masa, tarikh, lokasi persimpangan dan masa fasa merah berjalan semasa berlakunya kesalahan tidak patuh lampu isyarat.